Thursday, March 24, 2011

jejak kasih

amboi amboi tajuk..tak boleh blah langsung
feeling semacam je kan
kalau feeling feeling ni tak lain tak bukan nak bercorat-coret pasal hero kesayangan la tuh...
aduhhh main sayang sayang la pulok
geli geleman mak tau nyah
hahahahahah
okey okey..udoh udoh la melalut
jom back to the main point
cek juju nak cite pasal cek abang kesayangan sebenar nya ni
begini la cerita nya
kami berdua ni dah long long time ago tak jumpa
beliau kan dalam training kat pulapol sekarang ni..
almost 3 bulan la kami tak jumpa..
rindu kott...
6 tahun kami kapel tak penah lagi berpisah selama ini..
widaut henpon pulak tu
sadis sadis
nak dijadikan cerita la kan
hari sabtu lepas orang awam macam cek juju ni dibenarkan melawat
cek juju pun apa lagi
terus hidupkan enjin kereta then rempit la ke Muar ala-ala evolusi KL drift..
hahahahhha
propa je kan
cek juju pegi la lawat dia
jejak kasih la konon
sonnok weiii
betolak dari Puncak Alam ni dalam jam 9 la 
sampai sana around 11 am then pegi cari KFC area bandar Muar tu
cek abang polis mengidam nak makan KFC
around 12 baru la sampai pulapol tuh
kami tak sesat okey
hahahhahahaa

jeng je jengggg
dah sampai..yeayyy


kami berjaya berdating setelah berpuasa dating selama 3 bulan
gumbira gumbira
alangkah gumbira nya boleh detim detim ngan beliau


tapi yang sedih nya dia dah makin kurus la 
tak caya tengok la gambar yang tertera di atas tu
sian kat beliau
sobss sobsss
propa la pulak kan
kata nya makan 6 kali sehari tapi badan makin kurus
keletihan di jemur ala-ala ikan kering agak nya
hahahahhaa


nahhhh!!hambek ko makan KFC tu banyak banyak bia gemok balik
makannn
hahahaahha kejam kan
siap ajak member makan sama tu
bagus betul semangat kesukanan yang diamalkan tu


cek juju pulak hanya mampu melihat beliau makan
dah kenyang dah dapat jumpa beliau
rindu yang amat sangat
hahahhahhaa
konon penangan cinta sejati la kan

dating punya dating sampai la jam 3
tiba lah masa untuk berpisah kembali
aaaaaaaaaaa
saboo je le
dapat jumpa sekejap pun jadi la
terubat jugak rindu yang bernanah di hati nih..
konon feeling novel la kan
hahahahaha
kami pun salam salam mmuaah mmuaah sikit sebelum pulang
gambar tak banyak la 
sebab seperti yang anda semua tahu encik aki hero malaya ni kurang menggemari kamera
dia takut kamera gigit dia la kot
tapi takpe..saya redha..
tak dapat bergambar takpe janji boleh jumpa
saya suka sangat dapat jumpa kamu
sayang kamu ketat ketat la sayang

p/s:  see you 3 month later sayang <3

Wednesday, March 23, 2011

ayuh makan EPAL HIJAU

okey okey
ari ni cek juju nak kongsi tentang khasiat epal hijau
asyik cerita kisah dalam kain je kan..
sekali sekali jadi pembekal maklumat tak salah bukan
lagipun cek juju sangat suka menggodek-godek maklumat ni
boleh di katakan hobi la konon
sampaikan ada yang menggelarkan cek juju sebagai miss google
hahahahahhaa
okey la cek juju pasti ramai yang dah sedia maklum tentang khasiat epal hijau ni kan
tapi seperti biasa tak ramai yang mengamalkan makan epal hijau setiap hari
oleh itu ayuh kita kaji kebaikan sebenar yang terdapat dalam epal hijau ni
baca je la walaupun dah tau kan
pura-pura tak tau gitu




Epal hijau dapat membantu mencegah:

1-  Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.


2-  Mengurangkan risiko penyakit jantung.


3-  Membantu kesihatan membran paru-paru.

4-  Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.

5-  Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.

6-   Membantu mengekalkan berat badan.

7-  Mengurangkan tekanan penyakit asma.

8-  Mengurangkan risiko barah.

9-  Dengan menghidu epal dapat menenangkan fikiran.

Selain ia sedap di makan, epal hijau juga mengandungi kadar serat yang sangat tinggi yang dapat melancarkan proses pencernaan dan mengatasi masalah sembelit
ia juga sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet
oleh itu sama-samalah kita senaraikan epal hijau dalam menu pemakanan harian ye..
rasa macam pakar pemakanan la pulak kan..
hahahahahah



p/s:bak kata pepatah orang putih "an apple a day keeps the doktor away"
      sama-sama lah kita menjaga kesihatan